|
|
|
|
|
|
|
|
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB
Tugas untuk meneraju Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti MDKK ini adalah satu tugas yang penuh cabaran, namun saya yakin dan percaya melalui kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh ahli-ahli Majlis dan juga seluruh warga kerja MDKK kecemerlangan ini akan dapat terus dipertahankan malahan dapat dipertingkatkan. Dekad ini, masyarakat kita menjadi semakin bijak dan sentiasa memastikan hak-hak sebagai pembayar cukai dapat dipenuhi oleh PBT. Dalam hal ini, saya akan menerapkan nilai-nilai kerja secara berpasukan (teamwork) di dalam pentadbiran MDKK agar perkhidmatan yang professional dan cekap dapat diberikan kepada pelanggan khususnya warga bandar Kuala Krai. Saya juga akan menekankan kepada konsep 3K iaitu Kerjasama, Komitmen dan Komunikasi dari semua peringkat agar perkhidmatan yang memuaskan dapat diberikan kepada semua golongan masyarakat. Akhir kata, saya mengharapkan sokongan daripada semua pihak dan bersedia untuk mendengar pandangan dan kritikan yang positif daripada orang ramai demi untuk melihat bandar Kuala Krai yang kita sayangi ini akan sentiasa sejahtera, harmonis, aman dan juga damai. Sekian. Wassalam.
|